Monday, December 12, 2011

Muhasabah Diri , Ya Allah :)

Assalamualaikum,


Topik yang aku nak cakap hari ni, pasal salah satu Rukun Iman umat Islam, Beriman pada Hari Akhirat.
Sesungguhnya, sekarang ni, banyak dah tanda-tanda kiamat, Masha-Allah. 
Yang paling dekat, BaruBaru ni, Moon Eclipse, memang lha ianya sekadar fenomena alam, tapi sedarkah kita, gerhana makin kerap sekarang ni ? Actually, it is one of the sign of KIAMAT !



Gambar Sekadar Hiasan :)


Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis
1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai
5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”-Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
- Sahih Muslim                                     
*aku tau hampa tobat malas baca, tapi sekali-sekala, tambah pengetahuan apa salahnya, SCROLL ATAS BALIK ! Haha :)
-CopyPaste-
Itu antara tanda-tanda kiamat , dan kebanykannya, memang dah berlaku. Risau kan, ? Saintis Barat menyatakan kiamat pada 2012 ? Benar ? baru2 ni, aku ada terbaca satu blog, yang memaparkan tentang kajian Surah Ar Rahman, katanya, perkiraan ulangan perkataan apa ntah, hasilkan no 1433 yg bermaksud tahun hijrah untuk Islam untuk tahun dpan, that shows a sign that sumthing is going to happen next year ! So, is it ? Wallahualam :)
Tambahan, sekarang ni, Ramai-Ramai-Ramai-Ramai sangat hina ISLAM! What the ? Mana letaknya martabat Islam sekarang ni hah ? Islam dimainkan sewenang2 ja ? Sungguh, aku sedih tengok situasi ni, ---> contoh kes, Tengku Sofia   
Tak perlu kot aku ulas lagi pasal kes tu, sbab umumnya ramai da tau melalui Facebook n Twitter. Kenapa orang Islam jadi cmni ah ? Tak takut ke dengan kiamat yang Dahsyat tu + Padang Masyar n Hari Pembalasan Allah ? Bukan setakat kes Hina2 tu ja, perangai KITA pun dah makin teruk wehh, dari segi mana ? Pakaian, Attitude . Amal Ibadah kita ?
Aku sendiri sedar, aku banyak lalai dalam duniawi ni, sampai lupakan Agama, Astagfirullah :| Ramai lagi kan macam tu, ? Aku tahu perangai aku sendiri tak berapa baik, tak cukup adabnya lagi, Astagfirullah :| Ramai lagi kan macam tu, ?    Aku sendiri sedar, cara pemakaian aku, maybe ada lagi kesilapannya, Astagfirullah :| Ramai lagii kan macam tu, ?
Ada   lagi yang masih duk perlekehkan Kiamat ni, Sedarlah wehh ! Gerun bila aku dengar ja perkataan KIAMAT. tambah-tambah, Aku ni banyaklah dosa, dan pahala tak cukup lagi nak melayakkan aku jadi penghuni syurga Allah yang abadi tu, :) Bila KITA semua nak berubah yaa ?
Mintak2 lahh, hamba Allah yang hina macam aku ni, dapatlah Hidayah ALLAH yg SATU :) Teringin benar merasai ketenangan hidup di bawah Agama Allah yang suci ni -ISLAM 
Sungguh, aku insaf ! Aku betul-betul-betul-betul nak berubah, Ya Allah, Please Help me :) I need courage and your Hidayah too change myself , becoming better than before. :) And also, all the Muslimeen out there, Help us Ya Allah. :)
Wallahualam, 
P/s : kalau ada apa2 yang silap dalam pernyataan aku ni, Tolong-tolong lah comment yaa :D Bukannya nak tunjuk ali ke apa, juz nak saling mengingati :D Changing for better :)











                                                                                                          

No comments:

Post a Comment

 
S Pink Premium Pointer