Thursday, May 1, 2014

Kolej Matrikulasi Selangor - 10 months adventure :)

Assalamualaikum,

Hyeeeee , Good evening, and not to forget , Happy Labour Day !
Hari kedua cuti ni, nak start bercerita mengenai kolej aku, Kolej Matrikulasi Selangor :)

Yeahh, its been such a long while I didnt post anything here, and the only reason is I was sooooooooooo busy ! 10 bulan yang padat-penat-seronok okayyyy 

Okay, so lepas SPM, dapat result semua tu, semua lepasan SPM dapat tawaran masing masing, ada yang ke Asasi , ada yang Politeknik, ada yang Diploma, ada yang ke IPG dan tak lupa juga Matrikulasi, and I was one of them who went to matriculation. This all depends on their REZEKI kan, tak semestinya result bagus dapat tempat hebat hebat ataupun dapat result kurang bagus tak boleh dapat masuk mana mana kan ? 

And I'm one of the example. -----

Beberapa minggu lepas dapat result SPM tuu, aku dapat tau la yang aku ni dapat KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR , and I was like WHAAAAAT ??!? 
Awat dapat Selangor ? Aku tak mintak sana pun, dah tu tak pernah tau pun ada matrik Selangor kat Banting nuhh.

And at first I was hesitating to enter there, because I also got another offer from UPM (AsPEr) , dan setelah bincang bincang, mintak pandangan dan fikir semasak masak serebus rebus segoreng gorengnya, I decided to choose - Kolej Matrikulasi Selangor :)

Jadi pada tanggal 27 Mei 2013, aku pun mendaftar la kat situ. Kolej ni kat Banting, Mukim Jugra dikelilingi laadang kelapa sawit dan sangat ceruk yerrrr . Haha biasalah kolej matrikulasi mmg kebanyakan kat kawasan dalam dalam tapi Banting ni not bad laah ! Fyi, kolej ni baru ja bukak, and we're the third batch *kalau tak silap aku la*

First week ----

MPPB - Orientation week untuk pelajar matrikulasi, serius cakap, tobat penat haihh! Tak muhung, memang penat, aktiviti padat, sampai nak makan nasi pun tadak masa wehh. Bukan nak takutkan , tapi memang sumpah penat dan memang kita kena ada ketahanan fizikal dan mental yang kuat laa, sebab benda tu semingggu ja, kena la sabar sikit. Ada jugak pelajar yang keluar dalam masa seminggu tu sebab tak tahan, for me, tak patut la sebab bukannya 10 bulan terus menerus kita dikawal dikonkong macamtu, its just for a week man ! 
Homesick tu biasalah, even me,  who had stayed in hostel for 5 years pun nangis memalam peluk dinding . - kekekeh. tapi semua tu sementara ja, sebab lepas tu anda akan jumpa insan insan baru yang akan jadi SAHABAT-SIBLING-MAK-AYAH-JIRAN-CLASSMATE-ROOMMATE dan *crush* hehehe oops :P

Kat matrik, pelajar dibahagikan ikut modul, ada tiga modul 

Modul 1 : Math , Kimia, Fizik dan Biologi.
Modul 2 : Math, Kimia, Fizik dan Sains Komputer
Modul 3 : Math , Kimia , Biologi dan Sains Komputer.

Ada juga course untuk budak akaun. 

Belajar dalam kuliah, ada kelas tutorial, ada kelas praktikal dan exam ada dua, midsem dan final. Sepanjang sem ada kuiz, dan penilaian berterusan laaa, Sistem pointer macam U laa, dan kat matrik ni life dia lebih kurang cam asasi gak, Silibus pun lebih kurang sama jaa 


Okey, now about those people I met there. First of all, my roommates. Kami semua negeri lain lain woooo, 

Nur Amanina Atikah - Johor
Norathierah - Melaka
Nurida - Pahang
Munira (me) - Kedah !




Sumpah aku sayang gila gia gila kat depa ni, :') Walaupun awai awai tu awkward gila nak rapat, masing masing macam takbleh masuk tapi lepas kami jumpa hobi yang sama, haaah geng ! Okay seriously depa ni memang suka ambik gambaq macam aku, heheh ! Kekadang kat bilik duk sesaja " Weh ambik gambar jom !" Haha, not only that, kami boleh masukkkk sangat, boleh tolak ansur, boleh laa nak melawak mengata menganjing sesama sendiri, dan aku laa tukang bahan depa ni, Roommate awesome depa ni, sangat sangat, Kami selalu stay up sesama, makan sesama, everywhere laaa. Besday semua kami sambut, Dalam masa berapa bulan ja, kami jadi rapat macam dah bertahun kenal. And this is one of the reason why i love matric so much, is that because i find this people, new friends and new memories :") 

Besides that, my classmates ! Haaaa yang ni pun aku sayang sangat. 15 perempuan dan 5 lelaki. 




Ni gambar hari last lab Biology dengan pensyarah mentor kelas kami, Madam Aminawati. Kelas aku ni pun one of the best class i've ever had in my life. Classmate sekepala yang gila gila, boleh melawak kaasaq, haha boleh tiru tiru masa kuiz, boleh makan melepak sesama, study group. Ajar ajar, kelas tambahan sendiri, so much we had done. Memory paling best, masa jamuan kelas, Sepanjang duk matrik ni, depa depa ni la yang menceriakan hari hari kat matrik ni, sebab most of the time meamng dalam kelas ja. Takda sorang pun se negeri dengan aku, haaa so possibility nak jumpa depa lepas ni, ermmm ntah la. Rindu semua :'D


Sambung cerita pasal KMS ni, KMS lawa okay ! Walaupun keliling ladang kelapa sawit , tapi infrastruktur dia semua lawa belaka. Guarantee ! Lagipun KMS kan baru ja bukak , so everything is new. Dewan Kuliah, Library Kelas Tutorial semua tip top !

Pintu masuk

Pemandangan sekitar Kolej Kediaman

Surau As-Sufi





Ada jugak koperasi,ATM, kemudahan sukan, basikal, gelanggang, dan macam macam lagi laa. Keperluan asas boleh dapat kat dalam kolej, jangan risau beb :)

Haaaa, cakap pulak pasal outing, Outing hujung minggu, bleh pergi pekan Banting, atau Klang kee, KL kee depends on kesempatan masa laa. Kat pekan Banting, takda mall, haha xD tapi ada The Store laa kalau nak beli barang. Ada apa lagi ? ada Secret Recipe, McD, KFC, Domino's, Ayamas, Pizza Hut, Econsave dan banyaaaak  lagi, Haaa kalau nak merasa pi mall, naik bas pi Bukit Tinggi, ada Jusco :)


There 's so much too tell about KMS, and I wont be able to tell all here. So sesiapa, juniors keee sesiapa nak tahu pasal matrik, or KMS specificly, boleh tanyaa okay. 

Till then, byeeeee .


#KMSDiHAtiku
#KMS
#115
#LoveThem


Here some photos taken while I was there :D

Roomates dan jiran

Again

And again

Tirah, Ida, Me and Nina

Us :)

:)

Contoh pakaian ke Kuliah !

Classmates in Bluee :)

20 of us with Madam Aminawati :D






 
S Pink Premium Pointer