Sunday, March 31, 2013

Sweetest memory of the month, SPM :)

Assalamualaikum ,
and Hye ^^

As promised, aku nak tulis post lepas dapat result. Actually, agak lambat dah,
*10 days after the result*
Alhamdulillah, my hard works paid off !
I manage to get it, I manage to make my parents and my brothers proud of me, happy of me .
Thanks Ya Allah !
Thanks Cikgu !

Team SPM 2012 :

Penyelaras GEMILANG SPM 2012 
Cikgu Hamidah

Team BM :)
Cikgu Shurdi
Cikgu Rosmah
Cikgu Bazli
Cikgu Ade

Team BI :)
Teacher Nad
Teacher Nik
Teacher Aimi
Madam Shad
Teacher Sab

Team MATH :)
Cikgu Ayu
Cikgu Hidayah

Team ADD MATH :)
Cikgu Hamidah
Cikgu Rohamiza
Cikgu Wafi

Team PAI :)
Ustaz Yosri
Ustaz Manzur
Ustazah Jalilah
Ustazah Fatimah

Team SEJARAH :)
Cikgu Nini
Cikgu Sokry

Team CHEMISTRY :)
Cikgu Norliza
Cikgu Huda
Cikgu Yusri

Team BIOLOGY
Cikgu Marini
Cikgu Asliza
Cikgu Nik

Team PHSICS :)
Cikgu Zaid
Cikgu Adri
Cikgu Rujita
Cikgu Haniza

Team PRINSIP AKAUN :)
Cikgu Azrean


Team PSV :)

Cikgu Zurina

This SPM team, are really awesome ! Hats off to them, without all of them, we would not achieve all this :')

See, this is our achievement this year, Alhamdulillah, we got top 10 from all MRSM :)



And my result, Alhamdulillah ^^ 



And now, I hope I can further my studies in Medic ! Doctor wanna be !
Doakan saya berjaya di masa hadapan :)
Last but not least, Thanks to all who had gave me support throughout my studies in SPM 2012 :")

Thats All, kbye :)






Sunday, March 17, 2013

Its here, just 4 days to go

Assalamualaikum and hye ^^

Today, 17th March 2013, yeahh, just 4 days to go, 
Debar gila menanti result SPM kan ?


Tapi, aku takda la takot sampai.......

MANDI TAK BASAH
MAKAN TAK KENYANG
TIDUR TAK LENA 

Seriously, nothing can be done now, just pray pray and tawakal :)
Dalam segenap hati aku ni, aku memang teringin SANGAT SANGAT SANGAT dapat straight A's :)
Tapi , kalau takda rezeki, kalaula kalaula. alu harap aku akan dapt reda dengan segala ketentuan Allah 
Abang aku tanya, " Eh , apa perasaan, dekat seminggu ja lagi nak amik result? "
Then I said " Ntah. hati kering ja. Takut tu ada la, tapi tak macam dulu. Maybe sebab lama sgt tunggu haaa . KPM ni lmbt sgt "

*Perbualan ini di translate kan dlm BM supaya anda phm, kalau aku tulis hindi tak paham kot haaa

Haihh, moga Allah pemudahkanlah segalanya. 
Ya Allah, berikanlah kami kejayaan yang cemerlang dan setimpal dengan usaha kami. Sesungguhnya kami telah cuba dan telah berusaha sebaik mungkin di dalam peperiksaan SPM . Amin :')

For my batch 08-12 MRSM Pendang , be strong. InsyaAllah semuanya cemerlang :')






There's some people who wish : 
Senior MRSM Pendang :'D
Senior MRSM lain :'D
Senior MRSM Pendang :'D





Thanks a bunch to all those people, I'll appreciate it :)
Dah, tak da apa dah nak tulis. 
Dear followers, wish me luck too 
Nanti lepas dapat result SPM, insyaAllah aku update lagi :D

Amin !








Monday, March 11, 2013

Nathra & Natasya



Nathra memandang sayu ke arah luar jendela yang bertirai biru laut itu. Fikirannya kosong. Kosong, ibarat kertas putih .
Hidupnya kini umpama seekor burung yang patah sayapnya. Tidak mampu bergerak, hanya mampu terbaring sepanjang hari. Sesekali dia melihat tubuh badannya yang lesu, sambil mengeluh . Natasya yang berdiri di sampingnya hanya mampu melihat wajah sugul Nathra. Teringin benar Natasya melihat secebis senyuman terukir di bibir Nathra namun hajatnya selalu tidak kesampaian. Nathra seakan sudah hilang arah tuju hidupnya selepas insiden 2 tahun yang lalu. Insiden hitam yang meragut keupayaan fizikalnya untuk selama-lamanya !


Matahari  yang terbit membawa seribu keceriaan kepada penghuni Desa Aman pada pagi itu. Selesai bersarapan dan bersalaman dengan ibu bapa mereka,Nathra dan Natasya mengatur langkah ke kolej masing-masing. Sesampainya mereka di kolej, ramai pelajar menyapa mereka. Nathra dan Natasya merupakan pasangan kembar yang terkenal di kolej mereka malah juga di kawasan Desa Aman. Kedua-duanya mempunyai rupa paras yang cantik dan bijak dalam pelajaran. Namun begitu, kedua-duanya mempunyai perawakan yang berbeza. Nathra lebih pandai bergaya dan periang berbanding Natasya . Hal ini jugalah yang menyebabkan Natasya selalu berasa tersisih dan memandang rendah akan dirinya sendiri. Sebagai kakak, Nathra faham akan perasaan adiknya, Natasya yang berasa tersisih. Nathra cuba untuk sentiasa menggembirakan Natasya namun Natasya sering menyalah tafsir kebaikan Nathra.
Hubungan dingin antara mereka sangat jelas. Ibu mereka, Puan Nazihah bimbang hubungan mereka yang dingin ini akan menimbulkan pergaduhan satu masa kelak. Namun begitu, beliau yakin, kasih sayang pasti akan menjernihkan semula hubungan mereka.

“ Penat kan harini ? Banyak betul  assignment yang kita dapat kali ni . Eh, kau dah bincang dengan Prof Zaki tentang projek kita tu ? “ Nathra bersuara memecahkan keheningan dalam kereta sport merah itu.
“ Oh, belum la. Terlupa pula, esok aku pergi. “ Natasya menjawab acuh tak acuh.
“ Natasya, kau marah aku ke ? Lama aku perhatikan kau. Kau suka jauhkan diri dari aku, aku ada buat salah apa-apa ke kat kau ? “ Nathra cuba untuk bersuara .
“ Eh, tak la. Mana ada. Aku tak marah kau pun la. Rileks la, chill ! “ Natasya cuba menyembunyikan ketidakselesaannya di sebalik senyuman manisnya.
Nathra membetulkan kedudukannya di tempat duduk belakang kereta itu. Dia runsing memikirkan sikap adiknya itu. Di mana silapnya, di mana salahnya, dia sendiri tidak tahu. Nathra menutup matanya dan mula berfikir sejenak.
Natasya melihat gerak geri kakaknya itu. Dia sebenarnya rimas untuk berbaik dengannya. Dia merasakan dirinya sangat berbeza untuk dibandingkan dengan kakak kembarnya itu walaupun realitinya mereka hanya berbeza perwatakan, fizikalnya, kedua-duanya cantik. Natasya menghela nafas panjang. Dia turut menutup mata dan menenangkan fikirannya.

“ Nathra , Natasya , bangun. Dah sampai rumah ni. “ Pak Said mengejutkan dua orang anak muda itu yang terlena dalam kereta sport merah itu. Nathra tersedar dan menggosok-gosok matanya lalu mengukir senyuman kepada Pak Said, pemandu mereka. Natasya bingkas bangun dari lenanya, mengambil begnya dan berlalu pergi. Nathra turut segera bangun dan mengekori Natasya masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat itu.
Puan Nazihah yang berada di ruang tamu menyapa kedua-dua orang anak gadisnya. Nathra dan Natasya berhenti dan bersalaman dengan ibu mereka. Sememangnya dari kecil, kedua-dua mereka dididik untuk menghormati ibu bapa mereka. Tidak hairanlah jika kedua-dua mereka sangat patuh akan arahan Encik Nashrizal dan Puan Nazihah.
“ Ibu dah makan ? “ tanya Nathra. Natasya di sebelah hanya mendiamkan diri.
“ Belum . tunggu kamu berdua la. Jom, kita makan. Ayah tak balik hari ni, dia ada appoinment dengan client Russia petang ni . “ Puan Nazihah menyambung.
Selesai makan, Puan Nazihah mengajak kedua-dua anak gadisnya duduk di balkoni .
“ Nathra, Natasya. Ibu ada benda nak beritahu kamu berdua. Perkara penting ni. Ibu dan Ayah ada beli satu lot tanah untuk kamu berdua. Jadi, minggu depan kamu berdua kena pergi Bank XYZ untuk tandatangan surat pembelian lot tanah tu. Got it ? “
Nathra dan Natasya mengganguk tanda faham akan arahan ibu mereka. Puan Nazihah tersenyum.
Gerimis masih menitis meskipun hujan tidak lagi mencurah seperti sejam yang lalu. Desa Aman telah kembali bernafas setelah dua jam bermandikan hujan. Bilah-bilah matahari mula kelihatan walaupun masih malu-malu menunjukkan rupa. Pohon-pohon hijau kelihatan bersinar-sinar tanda mensyukuri nikmat-NYA.
Encik Nashrizal baru selesai membaca surat khabar yang memaparkan kes rompakan bersenjata di Ibu Kota. Dia menghela nafas panjang.
“ Hmmm, banyaknya jenyah kat Malaysia sekarang ni, nak bagi budak-budak ni keluar pun takut kan ? “ Encik Nashrizal menyuarakan kerisauannya.
Puan Nazihah yang sedang menghirup teh meletakkan cawannya.
“ Ya la abang. Anak-anak kita tu, dah la suka keluar jalan-jalan. Nak halang pun, takut merajuk susah kita nak pujuk balik haa,  “ Puan Nazihah menyuarakan pendapatnya pula.
“ Itu la. Saya tahu perangai dua-dua anak kita tu. Tak apa la. Kalu mereka nak keluar, bagi ja. Asalkan Pak Said ada dengan mereka . “
Puan Nazihah mengganguk faham. Dia juga bimbang dengan keadaan itu. Dalam hatinya, dia berdoa agar permata hatinya itu sentiasa selamat di bawah rahmat-NYA.


Nathra tersenyum girang. Namanya disebut-sebut menjadi salah seorang calon Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) di kolejnya. Impiannya untuk menjadi salah seorang ahli MPP hampir tercapai. Ya ! Impian yang disimpannya sejak melangkah ke kolej itu. Bukan untuk mengejar populoriti , namun untuk berkhidmat untuk komuniti kolej itu.  Nathra menagatur langkahnya ke papan kenyataan kolej untuk mendapatkan kepastian. Benar ! Hatinya kegirangan. Matanya melilau mencari kelibat Natasya. Ingin dikongsinya berita gembira itu, namun Natasya tiada di situ.
Di satu sudut yang lain, Natasya teresak-esak menangis. Dia kecewa.! Natasya turut menyimpan hasrat yang sama seperti Nathra. Menjadi seorang MPP. Namun, dia sedar kekurangannya. Disebabkan kekurangan itu juga yang membuatkan dia semakin benci akan Nathrah. Benci ! Benci ! Natasya bencikan segala kejayaan Nathra. Natasya bencikan segala kegembiraan Nathra. Natasya merasakan Nathra itu musuhnya, bukan saudara kembarnya ! Walaupun Nathra cuba untuk merapati dirinya, namun dia masih tidak dapat menerimanya dan akan sering berdalih sekiranya Nathra cuba rapat dengannya. Entah kenapa !


Tasik Desa Aman kelihatan tenang. Keadaan sedikit dingin memandangkan hujan baru shaja berhenti. Tiupan angin yang menyapa membuatkan fikiran tenang dan segala masalah bagaikan dibawa pergi bersama. Natasya duduk berseorangan di bangku panjang di hujung tasik itu. Fikirannya berselirat memikirkan hubungannya dengan Nathra. Runsing, pening, celaru ! Ahh !
Nathra manghampirinya. Nathra melabuhkan punggungnya bersebelahan Natasya. Nathra menggengam erat tangan Natasya. Dilihatnya wajah Natasya sedalam-dalamnya. Natasya nampak runsing.
“ Kau dah lama macam ni , nak aku tolong ke ? Ada masalah apa ni ? Kau share-share la dengan aku . “ pinta Nathra
“:Eh kau tau tak ! Aku jadi macam ni sebab kau la. ! Kau tak pernah bagi aku peluang nak buktikan diri aku. Kau pentingkan diri. Kau tak pernah sayangkan aku tahu tak. Kau selfish ! Aku benci kau tahu tak ! “ Natasya membentak dan berlalu begitu sahaja .
Nathra terkedu mendengar pernyataan Natasya. Baru dia tahu, mengapa Natasya bersikap dingin terhadapnya. Rupanya selama ini, perasaan benci bercambah dalam diri Natasya. Nathra meraup mukanya berkali-kali. Dia perlu selesaikan hal ini dengan segera. Ya ! Segera ! Dia terlalu sayangkan perhubungannya dengan kembar kesayangannya itu. Satu-satunya adiknya ! Tanpa Natasya, tidak lengkaplah hidup Nathra. Nathra berlari-lari anak mengejar Natasya yang sudah meninggalkannya di bangku panjang itu keseorangan.


Natasya mempercepatkan langkahnya. Dia tidak mahu Nathra mendapatkannya. Seboleh-bolehnya, dia mahu larikan diri daripada Nathra. Kebenciannya makin menebal. Setebal buku Harry Potter kegemarannya itu. Malah, lebih tebal !
Tiba-tiba, sebuah van meluncur laju dan seorang lelaki berkaca mata hitam merangkul tangan Natasya dari belakang dan terus menariknya ke dalam van itu. Natasya benar-benar terkejut. Belum sempat dia berbuat apa-apa, pandangannya berpinar-pinar dan dia pengsan dalam rangkulan lelaki berkaca mata hitam itu. Sebelum dia tidak sedarkan diri, dia sempat melihat Nathra yang terbaring lesu di dalam van yang sama. Selepas itu, dia tidak sedar apa-apa.

“ Hei budak ! Bangun la ! Lama mana lagi kau nak tidur. Aku ada banyak kerja lagi ni. Cepatlah ! “ Lelaki berkaca mata hitam itu bertindak kasar dan mengejutkan Nathra dan Natasya. Nathra tersedar. Dia bingung dengan keadaan dirinya.
“ Aku kat mana ni ? Mana Ibu ? Mana Ayah ? Mana Natasya ? Natasya ? Natasya ? “ Nathra memanggil nama Natasya berulang-ulang kali. Natasya yang berada di sebelah Nathra terjaga. Kepalanya berdenyut-denyut. Bingung. Keliru, seperti Nathra.
“ Kita kat mana ni Nathra ? Siapa orang-orang ni ? Aku nak balik rumah la. Tolong bawak aku keluar Nathra. Tolong ! Nathra “ Natasya tersedu-sedu menahan tangisnya. Dia ketakutan melihat keadaan sekelilingnya.
Dua lelaki berbadan sasa berdiri di hadapan mereka. Kediua-dua mereka memegang sepucuk pistol . Lelaki berkaca mata hitam itu tersengih-sengih . Dia memandang wajah Nathra dan Natasya silih berganti.
“ Kamu dua orang, dah jadi tawanan aku. Kalau kamu berdua nak bebas, suruh ayah kesayangan kamu tu pindahkan nama lot tanah tu kat aku. Eh, korang tak tahu ke tanah tu mahal ? Semua orang di bandar ni teringin nak beli tanah tu. Senang-senang ja korang dapat. Nak selamat ? Boleh tapi buat macam aku suruh tu. Hahahahahaha !” Lelaki itu ketawa lalu berlalu keluar dari bilik gelap itu meninggalkan dua beradik itu ketakutan.
Nathra dan Natasya saling berpandangan. Mereka berdua sedar mereka telah diculik dan penculikan mereka ini diatur secara rapi oleh lelaki berkaca mata hitam yang dikenali sebagai Boss itu.Otak Nathra ligat memikirkan cara untuk melepaskan diri. Bagi Nathra, lot tanah itu tidak penting. Yang lebih penting ialah nyawa mereka.


Nathra berpura-pura merengek seperti budak kecil. Suaranya didengari lelaki bertubuh sasa yang mengawal mereka di dalam bilik kecil itu. Nathra merengek dengan lebih kuat apabila lelaki itu menghampirinya .
“ Kau ni kenapa ? Ada masalah ke ? “ Lelaki itu bertanya kepada Nathra
“ Buka la ikatan kat tangan aku ni, aku lenguh la. Aku nak pergi bilik air . Tolong ?” Nathra cuba memujuk lelaki bertubuh sasa itu dengan pandangan yang penuh harapan.
Lelaki itu berfikir sejenak. Selepas beberapa ketika, dia menghampiri Nathra dan membuka ikatan pada tangan Nathra itu.Helahnya menjadi. Nathra bingkas bangun dan sepantas kilat dia menghayunkan kaki ke arah lelaki berbadan sasa itu. Ilmu taekwondo yang dipelajarinya diaplikasikan sebaik mungkin. Selepas dua tiga hentaman, lelaki itu rebah.
“ Ambik kau. Kena bohong free ja dengan aku. Jom Natasya ! “ Nathra membuka ikatan di tangan Natasya. Lelaki itu masih tidak sedarkan diri. Kesempatan itu diambil Nathra dan Natasya untuk melarikan diri.
Nathra menarik tangan Natasya dan menuju ke sebuah pintu di sudut bilik itu. Dia yakin, itulah jalan utama untuk keluar dari bilik itu. Walaupun kemarahan Natasya masih meluap-luap , dia hanya mengikut kakaknya itu.
Nathra menguak sedikit pintu itu. Dia mengintai dan melihat keadaan di luar. Lelaki yang dikenali sebagai Boss itu lena diulit mimpi di atas sebuah sofa hitam. Nathra mengatur langkahnya perlahan menuju ke pintu utama bangunan itu. Natasya mengekori Nathra dengan perlahan.
“ Eh, aku takut la Nathra, kalau diorang tersedar macam mana ? “ Natasya menzahirkan kegusarannya.
“ Kau ikut aku ja. Jangan risau. Aku akan sentiasa melindungi kau “ Nathra cuba menenangkan Natasya.
Malang tidak berbau. Belum sempat mereka menjejakkan kaki ke luar bangunan itu, satu suara yang cukup dikenali menyapa dari belakang. Suara Boss !
“ Hei budak-budak ! Kamu ingat senang ke nak keluar dari cengkaman aku ? Selagi harta tu tak jadi milik aku, jangan harap nak keluar dari sini. Cepat , masuk ke dalam semula ! “ Boss membentak sambil mengacukan sepucuk pistol ke arah Nathra dan Natasya.
Nathra sedikit gugup. Dia ingin melepaskan diri ! Dengan pantasnya, dia merangkul tangan Natasya dan mengorak langkah untuk keluar.
Banggg ! Satu tembakan dilepaskan Boss. Nathra berpaling melihat Natasya. Pistol itu diacukan ke kepala Natasya.
“ Hei, tak faham ke ? Aku kata jangan bergerak ! Kau jalan satu lagi langkah, nyawa adik kau tak selamat ! “ Boss menengking Nathra. Nathra bimbang akan keselamatan Natasya. Tanpa berfikir panjang, Nathra menarik Natasya ke arahnya. Boss bengang dengan perlakuan Nathra yang mengingkari arahannya.
Boss tidak dapat mengawal kemarahannya dan mengacukan pistol ke arah Natasya dan menarik picu pistol. Natasya menjerit sekuat hati. Dia memejam matanya dan hanya berdoa agar dirinya selamat.
Bangg ! Satu lagi tembakan dilepaskan. Natasya merasakan dirinya sudah berada di ambang maut. Percikan darah mengenai mukanya. Dia membuka matanya dengan perlahan. Dihadapan matanya,Natha rebah sambil memegang bahunya. Darah keluar tanpa henti dari bahu Nathra.. Rupa-rupanya, Nathra cuba untuk melindungi Natasya dan tembakan dari pistol Boss mengenai diri Nathra . Natasya terpana. Boss kelihatan panik. Natasya hanya mampu menangis di sisi Nathra. Nathra yang berlumuran darah itu mengerang kesakitan. Tiba-tiba, siren polis kedengaran di luar bangunan usang itu. Boss semakin panik dan cuba melarikan diri. Suara siren itu didengari Nathra. Sayup-sayup sahaja suara itu hilang dari pendengarannya. Nathra pengsan.

Nathra mencelikkan matanya. Sedar-sedar dia sudah berada dia atas katil  Wad Kecemasan Hospital Desa Aman. Di sisinya, Puan Nazihah, Encik Nashrizal dan Natasya sedang tersenyum melihat dirinya yang mulai sedar.
“ Nathra, “ Puan Nazihah memanggil.
Nathra tersenyum kelat. Dia memandang Natasya. Natasya memabalas senyumannya dengan tangisan. Tangisan yang mempunyai seribu satu makna.
Nathra cuba untuk mengangkat tangannya dan mencapai tangan Natasya. Namun, tangannya terasa begitu berat dan dia tidak mampu untuk mengangkatnya. Nathra kaget. Nathra melihat ibu bapanya. Mereka saling berpandangan. Nathra cuba untuk mengalihkan badannya pula, namun usahanya itu juga menemui jalan buntu. Setitis air mata keluar dari mata coklatnya itu. Dia merenung ibunya penuh harapan.
“ Nathra, ibu harap kamu bersabar dengan apa yang ibu nak sampaikan. Doktor sahkan Nathra lumpuh separuh badan. Ibu dan ayah dah cuba sedaya upaya untuk ubati Nathra namun ternyata wang tak dapat ubah takdir tuhan “ Puan Nazihah sebak apabila mengucapkan kata-kata itu. Nathra hanya mampu mendengar. Titisan air matanya berguguran jua. Dunianya kini gelap. Impiannya hancur. Segala-galanya sudah berubah dalam sekelip mata.
“ Nathra, aku...aku.. nak minta.. maaf. Sebab aku la kau jadi macam ni. Aku tak tahu pula kau nak lindungi aku. Aku ingatkan kau tak sayang aku. Aku ingat kau benci aku. Aku .... “ Natasya berhenti berkata-kata apabila Nathra menunjukkan isyarat supaya diam.
“ Aaa..aku tak pernah benci kau Natasya.! Aku sayang kau macam aku sayang diri sendiri. Aku tak tahu apa salah aku sampai kau berkelakuan macam ni. Aku sedih . Kau tahu tak , aku selalu doakan kau terima aku dengan sebaiknya. Aku selalu nak kau peluk aku macam orang lain peluk kakak mereka. Aku nak kau kongsi masalah dengan aku. Aku nak kau layan aku macam kembar kau, bukan musuh kau ! kau tak pernah hargai aku. Tak pernah ! “ Nathra melepaskan segala isi hatinya.
Biarlah ibu bapanya tahu permasalahan mereka itu. Biar satu dunia tahu bahawa mereka kembar yang tidak pernah sehaluan ! Hatinya sakit mengenangkan perlakuan Natasya .
“ Nathra, maafkan aku. Aku sedar perlakuan aku itu tak layak untuk dimaafkan, tapi berilah peluang kat aku. Aku akan cuba untuk jadi adik yang terbaik. Aku sedar, aku dah salah anggap semua kebaikan kau. Maafkan aku ya ? Aku sayang kau ! “ Natasya cuba mengambil hati Nathra. Dia cuba untukl menjernihkan kembali hubungannya dengna Nathra.
Nathra mendengus perlahan. Diam. Dia memalingkan mukanya daripada Natasya. Biarlah kesepian itu kekal selama-lamanya.
Insiden itu telah menjadi noktah dalam kehidupan Nathra. Selepas insiden itu, tiada siapa yang melihat Nathra tersenyum riang seperti dulu. Nathra terlantar dia atas katilnya. Natasya kesal. Namun dia tahu, pengorbanan yang diberikan oleh Nathra itu tiada gantinya. Biarlah kesilapan dahulu terkubur dalam kotak memorinya. Biarlah kisah hidup Nathra dan Natasya tersimpan begitu sahaja. Nathra pasrah dengan ketentuan ilahi.                                                                                        


# Ini tugasan masa bila ntah, Form 5 kot. rekaan sendiri :D

Sunday, March 3, 2013

20th March 2013 - mystery hidden

Assalamualaikum :D

20th March 2013 ? Whats special about that date?
Its a common date, a normal day for others,
BUT

Its SOMETHING really IMPORTANT for the SPM 2012 candidates !]
Results DAY !
Freak !

Dah boleh terbayang detik detik nak ambik result tu,
Ramai orang, ramai parents, juniors, cikgu cikgu.
And, around 10.00 am, the results will be announced, then , we could see different reactions of people.
Some are happy, some are sad. Some are not so interested about it. Some just ignore it.
And, the teachers also will have the same feeling like us, freak!

Apa apa pun, sekarang kita hanya mampu berdoa yang terbaik sja, Sbb dah last last minute kan.
Counting days to result day , currently, 16 days to go!

GOOD LUCK !
 
S Pink Premium Pointer