Friday, April 19, 2013

Garam - Its Sunnah


Assaalamualaikum and Hye ^^

Kem cho ? Majama ?
Today I would like to share a sunnah from the Prophet Muhammad S.A.W.
Sunnah ni jarang orang amalkan, tapi sebenarnya dalam family saya, dah jadi kebiasaan. which is :

MERASA GARAM SEBELUM MAKAN

Sebenarnya dulu saya pun tak tahu, apa sebenarnya kegunaan merasa garam sebelum makan ni, amalan ni dah jadi kebiasaan dalam family saya sejak kecik lagi, ayah selalu akan pesan supaya merasa garam sebelum dan selepas makan, baca basmallah, kemudian baru makan.Lepas buat kajian sikit (google ja la) baru saya dapat tahu bahawa sbenarnya, merasa garam ini ada banyak kebaikan dan kelebihannya. Salah satunya ,dapat menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun. Secara saintifiknya, kajian mendapati kedua belah tangan kita ni menghasilkan 3 macam enzin tetapi kurang konsentrasi disebelah tangan kanan kerana enzim yang berada ditangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman.  Ada beberapa bukti dari hadis hadis yang menyatakan , sila tengok yaaa (Sumber : blog )- 

Dari Abdullah Bin Umar: "Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam".

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda, "Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam." Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam".

Hadis riwayat Al – Bazzar: Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum & makan. Baginda berkata, "Sesiapa yang memulakan minum & makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja."
 "Nabi Muhammad SAW akan meletakkan garam di atas piring. Kemudian Nabi Muhammad SAW akan mencecahkan hujung jari kelingking ke atas permukaan garam. Lalu di masukkan ke dalam mulut."

Haa, see . Ada banyak kelebihan merasa garam ini yang boleh dikaitkan untuk mempercepatkan proses penghadaman kita, menghindarkan racun dan pelbagai jenis penyakit. Well, its a new thing for some people, but its not so hard . Kan ? boleh ja kita amalkan kat rumah :D 
Jadi lepas ni , boleh la beritahu kat semua family family, sedara mara, kawan kawan, guru guru dan semua la!


Boleh letak bekas kecik macam ni atas meja makan, jadi bila nampak ni, setiap kali nak makan kita ingat nak merasa garam tu :D




Bukannya banyak pun, ambik secubit saja 



Bukan banyak ni :O



So, that is all I want to share today, Sedikit sebanyak benda yang saya tahu. Harap dapat dimanfaatkan :)
Till then, Khuda Hafiz :D







No comments:

Post a Comment

 
S Pink Premium Pointer