Nathra memandang sayu ke arah luar jendela yang bertirai biru laut itu.
Fikirannya kosong. Kosong, ibarat kertas putih .
Hidupnya kini umpama seekor burung yang patah sayapnya. Tidak mampu
bergerak, hanya mampu terbaring sepanjang hari. Sesekali dia melihat tubuh
badannya yang lesu, sambil mengeluh . Natasya yang berdiri di sampingnya hanya
mampu melihat wajah sugul Nathra. Teringin benar Natasya melihat secebis
senyuman terukir di bibir Nathra namun hajatnya selalu tidak kesampaian. Nathra
seakan sudah hilang arah tuju hidupnya selepas insiden 2 tahun yang lalu. Insiden
hitam yang meragut keupayaan fizikalnya untuk selama-lamanya !
Matahari yang terbit membawa seribu
keceriaan kepada penghuni Desa Aman pada pagi itu. Selesai bersarapan dan
bersalaman dengan ibu bapa mereka,Nathra dan Natasya mengatur langkah ke kolej
masing-masing. Sesampainya mereka di kolej, ramai pelajar menyapa mereka.
Nathra dan Natasya merupakan pasangan kembar yang terkenal di kolej mereka
malah juga di kawasan Desa Aman. Kedua-duanya mempunyai rupa paras yang cantik
dan bijak dalam pelajaran. Namun begitu, kedua-duanya mempunyai perawakan yang
berbeza. Nathra lebih pandai bergaya dan periang berbanding Natasya . Hal ini
jugalah yang menyebabkan Natasya selalu berasa tersisih dan memandang rendah
akan dirinya sendiri. Sebagai kakak, Nathra faham akan perasaan adiknya,
Natasya yang berasa tersisih. Nathra cuba untuk sentiasa menggembirakan Natasya
namun Natasya sering menyalah tafsir kebaikan Nathra.
Hubungan dingin antara mereka sangat jelas. Ibu mereka,
Puan Nazihah bimbang hubungan mereka yang dingin ini akan menimbulkan
pergaduhan satu masa kelak. Namun begitu, beliau yakin, kasih sayang pasti akan
menjernihkan semula hubungan mereka.
“ Penat kan harini ? Banyak betul assignment yang kita dapat kali ni . Eh,
kau dah bincang dengan Prof Zaki tentang projek kita tu ? “ Nathra bersuara
memecahkan keheningan dalam kereta sport
merah itu.
“ Oh, belum la. Terlupa pula, esok aku pergi. “ Natasya menjawab acuh tak
acuh.
“ Natasya, kau marah aku ke ? Lama aku perhatikan kau. Kau suka jauhkan
diri dari aku, aku ada buat salah apa-apa ke kat kau ? “ Nathra cuba untuk
bersuara .
“ Eh, tak la. Mana ada. Aku tak marah kau pun la. Rileks la, chill ! “
Natasya cuba menyembunyikan ketidakselesaannya di sebalik senyuman manisnya.
Nathra membetulkan kedudukannya di tempat duduk belakang kereta itu. Dia
runsing memikirkan sikap adiknya itu. Di mana silapnya, di mana salahnya, dia
sendiri tidak tahu. Nathra menutup matanya dan mula berfikir sejenak.
Natasya melihat gerak geri kakaknya itu. Dia sebenarnya
rimas untuk berbaik dengannya. Dia merasakan dirinya sangat berbeza untuk
dibandingkan dengan kakak kembarnya itu walaupun realitinya mereka hanya
berbeza perwatakan, fizikalnya, kedua-duanya cantik. Natasya menghela nafas
panjang. Dia turut menutup mata dan menenangkan fikirannya.
“ Nathra , Natasya , bangun. Dah sampai rumah ni. “ Pak Said mengejutkan
dua orang anak muda itu yang terlena dalam kereta sport merah itu. Nathra tersedar dan menggosok-gosok matanya lalu
mengukir senyuman kepada Pak Said, pemandu mereka. Natasya bingkas bangun dari
lenanya, mengambil begnya dan berlalu pergi. Nathra turut segera bangun dan
mengekori Natasya masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat itu.
Puan Nazihah yang berada di ruang tamu menyapa kedua-dua orang anak
gadisnya. Nathra dan Natasya berhenti dan bersalaman dengan ibu mereka.
Sememangnya dari kecil, kedua-dua mereka dididik untuk menghormati ibu bapa
mereka. Tidak hairanlah jika kedua-dua mereka sangat patuh akan arahan Encik
Nashrizal dan Puan Nazihah.
“ Ibu dah makan ? “ tanya Nathra. Natasya di sebelah hanya mendiamkan diri.
“ Belum . tunggu kamu berdua la. Jom, kita makan. Ayah tak balik hari ni,
dia ada appoinment dengan client Russia petang ni . “ Puan Nazihah
menyambung.
Selesai makan, Puan Nazihah mengajak kedua-dua anak gadisnya duduk di
balkoni .
“ Nathra, Natasya. Ibu ada benda nak beritahu kamu berdua. Perkara penting
ni. Ibu dan Ayah ada beli satu lot tanah untuk kamu berdua. Jadi, minggu depan
kamu berdua kena pergi Bank XYZ untuk tandatangan surat pembelian lot tanah tu.
Got it ? “
Nathra dan Natasya mengganguk tanda faham akan arahan ibu
mereka. Puan Nazihah tersenyum.
Gerimis masih menitis meskipun hujan tidak lagi mencurah seperti sejam yang
lalu. Desa Aman telah kembali bernafas setelah dua jam bermandikan hujan.
Bilah-bilah matahari mula kelihatan walaupun masih malu-malu menunjukkan rupa.
Pohon-pohon hijau kelihatan bersinar-sinar tanda mensyukuri nikmat-NYA.
Encik Nashrizal baru selesai membaca surat khabar yang memaparkan kes rompakan
bersenjata di Ibu Kota. Dia menghela nafas panjang.
“ Hmmm, banyaknya jenyah kat Malaysia sekarang ni, nak bagi budak-budak ni
keluar pun takut kan ? “ Encik Nashrizal menyuarakan kerisauannya.
Puan Nazihah yang sedang menghirup teh meletakkan cawannya.
“ Ya la abang. Anak-anak kita tu, dah la suka keluar jalan-jalan. Nak
halang pun, takut merajuk susah kita nak pujuk balik haa, “ Puan Nazihah menyuarakan pendapatnya pula.
“ Itu la. Saya tahu perangai dua-dua anak kita tu. Tak apa la. Kalu mereka
nak keluar, bagi ja. Asalkan Pak Said ada dengan mereka . “
Puan Nazihah mengganguk faham. Dia juga bimbang dengan keadaan itu. Dalam
hatinya, dia berdoa agar permata hatinya itu sentiasa selamat di bawah
rahmat-NYA.
Nathra tersenyum girang. Namanya disebut-sebut menjadi salah seorang calon
Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) di kolejnya. Impiannya untuk menjadi salah
seorang ahli MPP hampir tercapai. Ya ! Impian yang disimpannya sejak melangkah
ke kolej itu. Bukan untuk mengejar populoriti , namun untuk berkhidmat untuk
komuniti kolej itu. Nathra menagatur
langkahnya ke papan kenyataan kolej untuk mendapatkan kepastian. Benar !
Hatinya kegirangan. Matanya melilau mencari kelibat Natasya. Ingin dikongsinya
berita gembira itu, namun Natasya tiada di situ.
Di satu sudut yang lain, Natasya teresak-esak menangis. Dia kecewa.! Natasya
turut menyimpan hasrat yang sama seperti Nathra. Menjadi seorang MPP. Namun,
dia sedar kekurangannya. Disebabkan kekurangan itu juga yang membuatkan dia
semakin benci akan Nathrah. Benci ! Benci ! Natasya bencikan segala kejayaan
Nathra. Natasya bencikan segala kegembiraan Nathra. Natasya merasakan Nathra
itu musuhnya, bukan saudara kembarnya ! Walaupun Nathra cuba untuk merapati
dirinya, namun dia masih tidak dapat menerimanya dan akan sering berdalih
sekiranya Nathra cuba rapat dengannya. Entah kenapa !
Tasik Desa Aman kelihatan tenang. Keadaan sedikit dingin memandangkan hujan
baru shaja berhenti. Tiupan angin yang menyapa membuatkan fikiran tenang dan
segala masalah bagaikan dibawa pergi bersama. Natasya duduk berseorangan di
bangku panjang di hujung tasik itu. Fikirannya berselirat memikirkan
hubungannya dengan Nathra. Runsing, pening, celaru ! Ahh !
Nathra manghampirinya. Nathra melabuhkan punggungnya bersebelahan Natasya.
Nathra menggengam erat tangan Natasya. Dilihatnya wajah Natasya
sedalam-dalamnya. Natasya nampak runsing.
“ Kau dah lama macam ni , nak aku tolong ke ? Ada masalah apa ni ? Kau share-share la dengan aku . “ pinta
Nathra
“:Eh kau tau tak ! Aku jadi macam ni sebab kau la. ! Kau tak pernah bagi
aku peluang nak buktikan diri aku. Kau pentingkan diri. Kau tak pernah
sayangkan aku tahu tak. Kau selfish !
Aku benci kau tahu tak ! “ Natasya membentak dan berlalu begitu sahaja .
Nathra terkedu mendengar pernyataan Natasya. Baru dia tahu, mengapa Natasya
bersikap dingin terhadapnya. Rupanya selama ini, perasaan benci bercambah dalam
diri Natasya. Nathra meraup mukanya berkali-kali. Dia perlu selesaikan hal ini
dengan segera. Ya ! Segera ! Dia terlalu sayangkan perhubungannya dengan kembar
kesayangannya itu. Satu-satunya adiknya ! Tanpa Natasya, tidak lengkaplah hidup
Nathra. Nathra berlari-lari anak mengejar Natasya yang sudah meninggalkannya di
bangku panjang itu keseorangan.
Natasya mempercepatkan langkahnya. Dia tidak mahu Nathra mendapatkannya.
Seboleh-bolehnya, dia mahu larikan diri daripada Nathra. Kebenciannya makin
menebal. Setebal buku Harry Potter kegemarannya itu. Malah, lebih tebal !
Tiba-tiba, sebuah van meluncur laju dan seorang lelaki
berkaca mata hitam merangkul tangan Natasya dari belakang dan terus menariknya
ke dalam van itu. Natasya benar-benar terkejut. Belum sempat dia berbuat
apa-apa, pandangannya berpinar-pinar dan dia pengsan dalam rangkulan lelaki
berkaca mata hitam itu. Sebelum dia tidak sedarkan diri, dia sempat melihat
Nathra yang terbaring lesu di dalam van yang sama. Selepas itu, dia tidak sedar
apa-apa.
“ Hei budak ! Bangun la ! Lama mana lagi kau nak tidur. Aku ada banyak
kerja lagi ni. Cepatlah ! “ Lelaki berkaca mata hitam itu bertindak kasar dan
mengejutkan Nathra dan Natasya. Nathra tersedar. Dia bingung dengan keadaan
dirinya.
“ Aku kat mana ni ? Mana Ibu ? Mana Ayah ? Mana Natasya ? Natasya ? Natasya
? “ Nathra memanggil nama Natasya berulang-ulang kali. Natasya yang berada di
sebelah Nathra terjaga. Kepalanya berdenyut-denyut. Bingung. Keliru, seperti
Nathra.
“ Kita kat mana ni Nathra ? Siapa orang-orang ni ? Aku nak balik rumah la.
Tolong bawak aku keluar Nathra. Tolong ! Nathra “ Natasya tersedu-sedu menahan
tangisnya. Dia ketakutan melihat keadaan sekelilingnya.
Dua lelaki berbadan sasa berdiri di hadapan mereka. Kediua-dua mereka
memegang sepucuk pistol . Lelaki berkaca mata hitam itu tersengih-sengih . Dia
memandang wajah Nathra dan Natasya silih berganti.
“ Kamu dua orang, dah jadi tawanan aku. Kalau kamu berdua nak bebas, suruh
ayah kesayangan kamu tu pindahkan nama lot tanah tu kat aku. Eh, korang tak
tahu ke tanah tu mahal ? Semua orang di bandar ni teringin nak beli tanah tu.
Senang-senang ja korang dapat. Nak selamat ? Boleh tapi buat macam aku suruh
tu. Hahahahahaha !” Lelaki itu ketawa lalu berlalu keluar dari bilik gelap itu
meninggalkan dua beradik itu ketakutan.
Nathra dan Natasya saling berpandangan. Mereka berdua sedar mereka telah
diculik dan penculikan mereka ini diatur secara rapi oleh lelaki berkaca mata
hitam yang dikenali sebagai Boss itu.Otak Nathra ligat memikirkan cara untuk
melepaskan diri. Bagi Nathra, lot tanah itu tidak penting. Yang lebih penting
ialah nyawa mereka.
Nathra berpura-pura merengek seperti budak kecil. Suaranya didengari lelaki
bertubuh sasa yang mengawal mereka di dalam bilik kecil itu. Nathra merengek
dengan lebih kuat apabila lelaki itu menghampirinya .
“ Kau ni kenapa ? Ada masalah ke ? “ Lelaki itu bertanya kepada Nathra
“ Buka la ikatan kat tangan aku ni, aku lenguh la. Aku nak pergi bilik air
. Tolong ?” Nathra cuba memujuk lelaki bertubuh sasa itu dengan pandangan yang
penuh harapan.
Lelaki itu berfikir sejenak. Selepas beberapa ketika, dia menghampiri
Nathra dan membuka ikatan pada tangan Nathra itu.Helahnya menjadi. Nathra
bingkas bangun dan sepantas kilat dia menghayunkan kaki ke arah lelaki berbadan
sasa itu. Ilmu taekwondo yang dipelajarinya diaplikasikan sebaik mungkin.
Selepas dua tiga hentaman, lelaki itu rebah.
“ Ambik kau. Kena bohong free ja
dengan aku. Jom Natasya ! “ Nathra membuka ikatan di tangan Natasya. Lelaki itu
masih tidak sedarkan diri. Kesempatan itu diambil Nathra dan Natasya untuk
melarikan diri.
Nathra menarik tangan Natasya dan menuju ke sebuah pintu di sudut bilik
itu. Dia yakin, itulah jalan utama untuk keluar dari bilik itu. Walaupun
kemarahan Natasya masih meluap-luap , dia hanya mengikut kakaknya itu.
Nathra menguak sedikit pintu itu. Dia mengintai dan melihat keadaan di
luar. Lelaki yang dikenali sebagai Boss itu lena diulit mimpi di atas sebuah
sofa hitam. Nathra mengatur langkahnya perlahan menuju ke pintu utama bangunan
itu. Natasya mengekori Nathra dengan perlahan.
“ Eh, aku takut la Nathra, kalau diorang tersedar macam mana ? “ Natasya
menzahirkan kegusarannya.
“ Kau ikut aku ja. Jangan risau. Aku akan sentiasa melindungi kau “ Nathra
cuba menenangkan Natasya.
Malang tidak berbau. Belum sempat mereka menjejakkan kaki ke luar bangunan
itu, satu suara yang cukup dikenali menyapa dari belakang. Suara Boss !
“ Hei budak-budak ! Kamu ingat senang ke nak keluar dari cengkaman aku ?
Selagi harta tu tak jadi milik aku, jangan harap nak keluar dari sini. Cepat ,
masuk ke dalam semula ! “ Boss membentak sambil mengacukan sepucuk pistol ke
arah Nathra dan Natasya.
Nathra sedikit gugup. Dia ingin melepaskan diri ! Dengan pantasnya, dia
merangkul tangan Natasya dan mengorak langkah untuk keluar.
Banggg ! Satu tembakan dilepaskan Boss. Nathra berpaling melihat Natasya.
Pistol itu diacukan ke kepala Natasya.
“ Hei, tak faham ke ? Aku kata jangan bergerak ! Kau jalan satu lagi
langkah, nyawa adik kau tak selamat ! “ Boss menengking Nathra. Nathra bimbang
akan keselamatan Natasya. Tanpa berfikir panjang, Nathra menarik Natasya ke
arahnya. Boss bengang dengan perlakuan Nathra yang mengingkari arahannya.
Boss tidak dapat mengawal kemarahannya dan mengacukan pistol ke arah
Natasya dan menarik picu pistol. Natasya menjerit sekuat hati. Dia memejam
matanya dan hanya berdoa agar dirinya selamat.
Bangg ! Satu lagi tembakan dilepaskan. Natasya merasakan dirinya sudah
berada di ambang maut. Percikan darah mengenai mukanya. Dia membuka matanya
dengan perlahan. Dihadapan matanya,Natha rebah sambil memegang bahunya. Darah
keluar tanpa henti dari bahu Nathra.. Rupa-rupanya, Nathra cuba untuk
melindungi Natasya dan tembakan dari pistol Boss mengenai diri Nathra . Natasya
terpana. Boss kelihatan panik. Natasya hanya mampu menangis di sisi Nathra.
Nathra yang berlumuran darah itu mengerang kesakitan. Tiba-tiba, siren polis
kedengaran di luar bangunan usang itu. Boss semakin panik dan cuba melarikan
diri. Suara siren itu didengari Nathra. Sayup-sayup sahaja suara itu hilang
dari pendengarannya. Nathra pengsan.
Nathra mencelikkan matanya. Sedar-sedar dia sudah berada dia atas katil Wad Kecemasan Hospital Desa Aman. Di sisinya,
Puan Nazihah, Encik Nashrizal dan Natasya sedang tersenyum melihat dirinya yang
mulai sedar.
“ Nathra, “ Puan Nazihah memanggil.
Nathra tersenyum kelat. Dia memandang Natasya. Natasya memabalas
senyumannya dengan tangisan. Tangisan yang mempunyai seribu satu makna.
Nathra cuba untuk mengangkat tangannya dan mencapai tangan Natasya. Namun,
tangannya terasa begitu berat dan dia tidak mampu untuk mengangkatnya. Nathra kaget.
Nathra melihat ibu bapanya. Mereka saling berpandangan. Nathra cuba untuk
mengalihkan badannya pula, namun usahanya itu juga menemui jalan buntu. Setitis
air mata keluar dari mata coklatnya itu. Dia merenung ibunya penuh harapan.
“ Nathra, ibu harap kamu bersabar dengan apa yang ibu nak sampaikan. Doktor
sahkan Nathra lumpuh separuh badan. Ibu dan ayah dah cuba sedaya upaya untuk
ubati Nathra namun ternyata wang tak dapat ubah takdir tuhan “ Puan Nazihah
sebak apabila mengucapkan kata-kata itu. Nathra hanya mampu mendengar. Titisan
air matanya berguguran jua. Dunianya kini gelap. Impiannya hancur.
Segala-galanya sudah berubah dalam sekelip mata.
“ Nathra, aku...aku.. nak minta.. maaf. Sebab aku la kau jadi macam ni. Aku
tak tahu pula kau nak lindungi aku. Aku ingatkan kau tak sayang aku. Aku ingat
kau benci aku. Aku .... “ Natasya berhenti berkata-kata apabila Nathra
menunjukkan isyarat supaya diam.
“ Aaa..aku tak pernah benci kau Natasya.! Aku sayang kau macam aku sayang
diri sendiri. Aku tak tahu apa salah aku sampai kau berkelakuan macam ni. Aku
sedih . Kau tahu tak , aku selalu doakan kau terima aku dengan sebaiknya. Aku
selalu nak kau peluk aku macam orang lain peluk kakak mereka. Aku nak kau
kongsi masalah dengan aku. Aku nak kau layan aku macam kembar kau, bukan musuh
kau ! kau tak pernah hargai aku. Tak pernah ! “ Nathra melepaskan segala isi
hatinya.
Biarlah ibu bapanya tahu permasalahan mereka itu. Biar satu dunia tahu
bahawa mereka kembar yang tidak pernah sehaluan ! Hatinya sakit mengenangkan
perlakuan Natasya .
“ Nathra, maafkan aku. Aku sedar perlakuan aku itu tak layak untuk
dimaafkan, tapi berilah peluang kat aku. Aku akan cuba untuk jadi adik yang
terbaik. Aku sedar, aku dah salah anggap semua kebaikan kau. Maafkan aku ya ?
Aku sayang kau ! “ Natasya cuba mengambil hati Nathra. Dia cuba untukl
menjernihkan kembali hubungannya dengna Nathra.
Nathra mendengus perlahan. Diam. Dia memalingkan mukanya
daripada Natasya. Biarlah kesepian itu kekal selama-lamanya.
Insiden itu telah menjadi noktah dalam kehidupan Nathra. Selepas insiden
itu, tiada siapa yang melihat Nathra tersenyum riang seperti dulu. Nathra
terlantar dia atas katilnya. Natasya kesal. Namun dia tahu, pengorbanan yang
diberikan oleh Nathra itu tiada gantinya. Biarlah kesilapan dahulu terkubur
dalam kotak memorinya. Biarlah kisah hidup Nathra dan Natasya tersimpan begitu
sahaja. Nathra pasrah dengan ketentuan ilahi.
# Ini tugasan masa bila ntah, Form 5 kot. rekaan sendiri :D
No comments:
Post a Comment